Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi.
Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
Jangan berkasar dengan wanita kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu apabila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa-apa saja.
Jangan sesekali beritahu kepada wanita tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
Jangan bersikap terlalu serius kerana boleh mematikan mood wanita.
Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.
Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.
Apabila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
No comments:
Post a Comment